Isnin, 12 November 2012

TUGASAN 1- TUGASAN 2- BML 3113 SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

PEMARKAHAN
1
TUGASAN 1

2
TUGASAN 2

3
E FORUM


JUMLAH

 
 
BML 3113
SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK TUGASAN 




BAHAGIAN A

Tugasan Individu 1:

SOALAN 1:
                    Buat satu kajian mengenai suku bangsa atau etnik anda dan hubungannya dengan
                    rumpun bahasa Melayu.

                                                                                                                               20 MARKAH


KUMPULAN
Group UPSI10(A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. ID
NO. TELEFON
JURAYAH @ JANE BOTOHONG
D20102042506 
017-8015973


NAMA TUTOR E-LEARNING:   DR. NORAZIMAH BT ZAKARIA
 Telephone No. : 05-4506145


TARIKH  SERAH:  25 . 11 . 2012





ISI KANDUNGAN

SOALAN 1:
Halaman
1.0
Pengenalan                                                                                                
2.0
Suku bangsa di Sabah                                                                                                                        
3.0
Rumpun Bahasa Melayu                                                                                 
4.0
Perkembangan Bahasa Melayu di Sabah
5.0

Kaitan dengan rumpun Bahasa Melayu   
6.0
Rumusan




















BIBLIOGRAFI / RUJUKAN                                                                                   



TUGASAN INDIVIDU 1

SOALAN 1:
                    Buat satu kajian mengenai suku bangsa atau etnik anda dan hubungannya dengan
                    rumpun bahasa Melayu.


JAWAPAN

Pengenalan


Suku bangsa atau etnik  ialah sekumpulan atau segolongan orang yang anggotanya saling mempunyai kaitan diri melalui sesuatu warisan sepunya, baik warisan yang benar mahupun yang dianggap. Identiti etnik dipupuk dengan membezakan kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bangsa, agama dan tingkah laku. Keetnikan ialah faktor asas dalam kehidupan manusia. Di mana , ia merupakan keadaan sudah sinonim dalam pengalaman manusia. Identiti etnik dianggap sebagai sejagat.

Ada juga yang berpendapat keetnikan merupakan satu hasil daripada jenis interaksi antara kelompok yang tertentu, bukan satu sifat sebati yang asas dalam kelompok manusia. Walau bagaimanapun,mengikut beberapa pemerhatian kelompok etnik merupakan kesenambungan budaya melalui masa,  nilai amalan dan norma dari zaman lampau.

Bangsa juga ditakrifkan sebagai kaum. Ia merupakan sebahagian daripada satu bangsa yang besar  iaitu suku bangsa. Bangsa juga mempunyai maksud utama iaitu jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti bangsa Melayu, Bajau dan sebagainya. Serta kumpulan manusia dalam satu ikatan tatanegaraan seperti bangsa Malaysia.

Suku bangsa di Sabah

Negeri Sabah mempunyai berbagai-bagai kaum atau etnik dengan latar belakang dan budaya masing-masing. Penduduk asli d Sabah di kenali bumiputera. Terdapat lebih kurang tiga puluh kumpulan dengan menggunakan lbih 50 bahasa dan lebih 90 dialek. Antara bangsa bumiputera tersebut ialah Kadazan Dusun,  Bajau, Murut, Melayu-Brunei, Orang Sungai, Iranun, Bonggi, Kwijau, Paitan, Lun Bawang, Lundayeh, Kedayan, Suluk Binadan, Bisaya, Kokos, Rumanau, Lotud, Minokok, Tidung, Rungus, Tatana, Tagaas, Ubian, Kimaragang, Bajau Laut, Ida'an dan Inokong. Manakala kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Bangsa ini telah menetap di Sabah sebelum merdeka lagi. Kumpulan yang paling besar ialah kaum Kadazandusun.

Momogun adalah nama bangsa bagi suku kaum Rungus yang digunakan sejak zaman dahulu lagi. Pogun bermaksud tanah nenek moyang atau dunia. Kaum ini ramai tinggal di daerah Kudat, Sabah. Selain bangsa momogun, bangsa Bajau   juga ramai tinggal di daerah Kudat. Ia salah satu bangsa yang mempunyai sebutan sama dengan bahasa Melayu dan membawa maksud yang sama dalam bahasa bajau. Bajau berasal dari Pulau Mindanao dan Sulu yang dikenali orang laut dan orang Samal. Bajau juga banyak tertumpu di kawasan Semporna, Kota Belud dan Pulau Timbang Di teluk Sandakan.


Di daerahTawau juga terdapat bumiputera Islam Melayu Tawau. Mereka berbahasa Melayu seperti bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia. Melayu seperti bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia.
Suku kaum pribumi Kadazan pula merupakan bilangan terbesar di Sabah, berasal dari Kalimantan serta tertumpu di kawasan lembah Ranau dan Tambunan. Murut juga kebanyakkan tinggal di kawasan pedalaman seperti di Tenom, Rundu Pensiangan. Bisaya, Kadayun, Orang Sungai, Suang Laut dan Orang Brunei antara suku kaum di sabah yang mempunyai dielek iras-iras Bahasa Melayu.

Rumpun Bahasa Melayu
Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia. Satu keluarga dengan bahasa Austronesia  yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia,  dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Asal-usul bangsa Melayu tidak dikenalpasti tetapi bahasa Melayu dipercayai berasal dari Sumatrera Selatan   di sekitar Jambi  dan Palembang. Ini terbukti dengan penemuan rekod terawal Bahasa Melayu Kuno  di sebuah batu bersurat  bertarikh 682 Masihi  yang dijumpai di Sumatera Selatan. 
Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan  Malaysia, Indonesia, Brunei  dan Singapura. Bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika selatan.  Bahasa Melayu Riau pula dipercayai tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, Bahasa Melayu mengalami beberapa perubahan dan ditukar nama kepada Bahasa Malaysia atas sebab politik. Di Indonesia pula Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia. Manakala di negera Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Sejarah dan budaya membezakan penggunaan Bahasa Melayu di Negara-negara rantau ini. Misalnya, Malaysia dan Brunei menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas terutama masyarakat Cina  dan India . Indonesia Berjaya menjadikan Bahasa Indonesia atau Melayu sebagai bahasa perantaraan. Manakala Singapure menjadikan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan tetapi menggunakan empat bahasa rasmi iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu. Di selatan Thailand pula hanya Kesultanan Melayu Patani  dan orang Melayu Pattani  yang menggunakan bahasa Melayu kerana kerajaan tidak memberi pengiktirafan.

Pada awal tahun 2004 , Bahasa Melayu pernah dicadangkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM  untuk dijadikan bahasa rasmi ASEAN . Tetapi perkara ini masih dalam perbincangan.

Perkembangan Bahasa Melayu di Sabah


Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negeri Sabah seperti negeri-negeri lain di Malaysia. Walau bagaimana pun ada juga bahasa-bahasa lain digunakan atau dituturkan seperti bahasa Kadazan, Bahasa Cina iaitu Bahasa Mandarin, Bahasa Hakka, Bahasa Rungus, Bahasa Tombonuo, Bahasa Sungai dan banyak lagi.

Bahasa Melayu Sabah  berlainan sedikit dieleknya dengan Bahasa Melayu Baku. Walau bagaimana pun Bahasa Melayu masih lagi menjadi bahasa perantaraan utama di Sabah.

Kaitan dengan rumpun Bahasa Melayu



Walaupun berbagai suku kaum Bumiputera di Sabah, terdapat juga suku kaun bukan pribumi sabah yang menikmati faedah Bumiputera. Ini kerana dasar Perkara 160 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mendifinisikan Orang Melayu sebagai orang yang menganut agama Islam, bertutur dalam bahas Melayu dan  mengikut adat Melayu dalam kehidupan seharian. Sebab itulah ramai penduduk dari Indonesia dan Filipina yang beragama islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan bermastautin di Malaysia dapat menikmati faedah Bumiputera walaupun bukan berasal dari kalangan Pribumi Sabah.

Mengikut sumber, bagi pendapat orang Malaysia, rumpun Melayu meliputi Pribumi yang mendiami seluruh gugusan kepulauan Melayu meliputi Malaysia dan Negara-negara jiran. Melayu merupakan  satu bangsa besar bumiputera kepulauan Melayu seperti Semenanjung Malaysia dan Sumatera. Dipercayai semua kaum seperti Kadazan, Iban, Jawa, Aceh, Batak, Bugis, Banjar merupakan rumpun Melayu. Ini kerana semua suku kaum Bumiputera di Malaysia dianggap serumpun walaupun cara kehidupan berbeza-beza.





Rumusan


Perkembangan rumpun Melayu di Sabah, di peringkat Malaysia dan sehinggalah di peringkat Nusantara memang telah wujud sejak sekian lama. Berbagai suku bangsa dan etnik yang mempunyai ciri-ciri budaya tersendiri seperti adat-istiadat, amalan ajaran agama dan cara kehidupan sehari mempengaruhi pembentukan masyarakat majmuk.


Hubungan etnik di Malaysia berkait  rapat dengan struktur sosial masyarakat, kebudayaan dan amalan keagamaan. Ia juga mempengaruhi perancangan sosial sesebuah Negara. Institusi sosial yang utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dan lain-lain.

____________________________________________________________________________




Bibliografi

               1993, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

               Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka 2006

               Dewan Bahasa dan Pustaka - Jilid 4 Bil.4 Disember 2004 - Halaman 705-723 - Jurnal Bahasa - ISSN 1511-9084

         Rancangan Malaysia ke-9(2006-2010). Bab 23.4. retrieved April, 10, 2012, from World Wide Web: http://library.perdana.org.my/Digital_Content/RMK/RMP9_May.pdf








                 Projek Kajian Kosa Kata Bahasa Sukuan sejak tahun 1985.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan